Kitab Mujarobat Cetakan Malaysia
Abstrak Kepustakaan Melayu tradisi amat kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan meliputi bidang agama, sejarah, budaya, sastera dan sebagainya. Antara bidang yang menarik perhatian ramai ialah ilmu yang berkaitan dengan perubatan tradisional Melayu. Kajian terhadap bidang ini tidak banyak dilakukan akibat perubahan tradisi yang menganggap perubatan tradisional ketinggalan zaman dan tidak releven pada masa kini. Umumnya perubatan tradisional menyumbangkan pelbagai ilmu dan manfaat kepada masyarakat tetapi sumber-sumbernya sukar diperolehi untuk digunakan sebagai rujukan ilmiah. Ilmu-ilmu tersebut didapati dalam bentuk manuskrip atau naskah bertulisan Jawi. Antara naskah-naskah popular yang berkaitan dengan ilmu perubatan Melayu seperti Kitab Tib, Tajul Muluk dan Mujarabat. Mujarabat merupakan sebuah kitab atau naskah perubatan tradisional yang digunakan sebagai salah satu cara untuk menyembuhkan penyakit.
Mujarobat Menurut al-Qur-an dan. Diambil dari Kitab Penulis Kata Pengantar Judul Indonesia Abdullah bin Muhammad as-Sad-han Cetakan Keenam 1426 H (2005 M).
Fungsi Mujarabat bukan setakat itu sahaja, tetapi terdapat fungsi-fungsi istimewa lain yang mencakupi kehidupan manusia seperti mengeratkan kasih sayang, dan menambahkan rezeki. Secara tidak langsung naskah perubatan tradisional ini menjadi sebahagian daripada sumber rujukan perubatan alternatif dan warisan perubatan etnik Melayu yang perlu dihargai oleh generasi akan datang. Pengenalan Manuskrip Melayu merupakan salah satu warisan zaman silam yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang menarik untuk dikaji. Ia merupakan tulisan tangan yang dihasilkan seawal-awalnya dalam lingkungan abad ke-16 atau akhir abad ke-19.
Aga odorization manual. Kelahiran dan juga perkembangan manuskrip Melayu berkait rapat dengan perkembangan Islam di Kepulauan Melayu. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Melayu telah menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk menyalurkan segala yang berlaku atau cetusan idea masyarakat zaman lampau. Sebahagian kitab-kitab berbahasa Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu supaya dapat dibaca dan dimanfaatkan ilmu pengetahuan yang terkandung di dalamnya. Kitab-kitab tersebut mengandungi pelbagai cabang ilmu merangkumi aspek agama, budaya, sejarah dan sebagainya. Pada peringkat awal, istana berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan, pusat penyalinan naskhah-naskhah manuskrip dan pusat karang mengarang.
Dalam tempoh lebih kurang 400 tahun dahulu, beribu-ribu naskhah manuskrip telah dihasilkan oleh orang-orang Melayu. Secara umumnya masyarakat tidak berminat membaca naskhah kuno, lebih-lebih lagi generasi muda. Hal ini dapat dimaklumi kerana tidak semua pembaca dapat memahami bahasa dan aksara yang digunakan dalam naskhah-naskhah tersebut. Selain bahasa dan aksaranya susah dibaca, huruf-hurufnya juga tidak ditandai, kekunoan bahannya sering menjadi masalah dalam penelitian yang dilakukan. Selain cerita atau kisah yang berbentuk roman atau sejarah, dalam kepustakaan Melayu tradisi terdapat kitab yang berkait rapat dengan ilmu perubatan. Kitab atau naskah yang mengandungi ilmu perubatan Melayu masih belum mencapai perhatian para sarjana pengajian Melayu. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh perubahan tradisi yang dianggap ketinggalan zaman dan tidak releven pada masa sekarang kerana terdapat sistem perubatan sezaman yang berlandaskan sains dan teknologi serta didukung oleh prasarana yang lengkap, seperti hospital, klinik, doktor, jururawat, dan makmal.